24 Februari 2009

Program Rakan Muda di Cameron Highland



Tanah Rata ,8 Feb- Program Kembara dan Perkhemahan Rakan Muda Peringkat Sekolah-sekolah Daerah Segamat yang dianjurkan oleh Kelab Rakan Muda Sek. Men Keb Bandar Putra yang dipimpin Cikgu Aris Bin Mat Dol.
Program yang mendapat kerjasama dari Pejabat Belia daerah Segamat dan Kelab Rakan Muda Parlimen Segamat membawa pelajar ke Tanah Rata, Cameron Highland untuk menerima pentauliahan pingat gangsa Anugerah Remaja Perdana. Pelbagai aktiviti dijalankan di antaranya jungle tracking dan ceramah motivasi. YB Ayub juga diberi kesempatan berucap untuk memupuk semangat cintakan negara dan berani untuk menjadi pemimpin yang berkualiti di masa hadapan.