06 April 2009

Melawat Kg Tungku Tiga




YB Ayub bersama penghulu bertemu masyarakat bagi menyelesaikan masalah rumah mesra rakyat di kampung tersebut.

Beliau sanggup melawat kawasan terpencil menggunakan kenderaan sendiri bagi melihat sendiri permasaalahan penduduk di kawasan beliau.


YB Ayub duduk berbincang untuk sama-sama menyelesaikan masaalah kemudahan asas di sebuah rumah penduduk miskin dan warga emas.


Beliau sempat menasihatkan ketua kampung agar segala permasalahan segara dilaporkan kepada beliau agar segala bantuan dapat disalurkan. YB Ayub juga sempat mengingatkan supaya jangan tunggu aduan sampai baru nak bertindak malah langkah proaktif perlu dilakukan demi menjaga kesejahteraan penduduk setempat.

24 Februari 2009

Program Rakan Muda di Cameron Highland



Tanah Rata ,8 Feb- Program Kembara dan Perkhemahan Rakan Muda Peringkat Sekolah-sekolah Daerah Segamat yang dianjurkan oleh Kelab Rakan Muda Sek. Men Keb Bandar Putra yang dipimpin Cikgu Aris Bin Mat Dol.
Program yang mendapat kerjasama dari Pejabat Belia daerah Segamat dan Kelab Rakan Muda Parlimen Segamat membawa pelajar ke Tanah Rata, Cameron Highland untuk menerima pentauliahan pingat gangsa Anugerah Remaja Perdana. Pelbagai aktiviti dijalankan di antaranya jungle tracking dan ceramah motivasi. YB Ayub juga diberi kesempatan berucap untuk memupuk semangat cintakan negara dan berani untuk menjadi pemimpin yang berkualiti di masa hadapan.

03 Februari 2009

Hari kedua di Tanjung Pinang (Lawatan Rumah Anak Yatim)

Cikgu Aris bergambar dengan salah seorang anak yatim di sana.


Gambar kenang-kenangan bersama tenaga pengajar di Panti Asuhan Ummi Al-Fitrah

Sdr Halim bergambar bersama ahli baru panti asuhan tersebut

YB Ayub bersama isteri merakamkan gambar kenangan dengan bayi yang baru di serahkan oleh pihak polis Indonesia kepada panti asuhan Ummi Al-Fitrah. Menurut cerita bayi tersebut di tinggalkan oleh ibunya.

YB Ayub menyerahkan sumbangan kepada Ketua Pengasuh Panti Asuhan Ummi Al-Fitrah. Jumlah yang disumbangkan oleh JPMM DUN Kemelah sebanyak RM1,500-00 dan kutipan dari ahli rombongan hampir RM500 sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dipikul Panti Asuhan Ummi Al-Fitrah untuk membesarkan anak-nak yatim tersebut.

Para rombongan bersama-sama anak yatim di sana untuk menunaikan solat zohor berjemaah.

Beri tumpuan. Sdr Kamsani dan Hj. Md Noh mendengar ucapan ketua pengasuh panti asuhan.

YB Ayub diberi peluang meyampaikan ucapan di majlis itu. Antara yang disentuh tentang betapa bertuahnya kita menjadi penduduk Malaysia kerana kehidupan kita jauh lebih baik jika dibandingkan dengan penduduk di sana. Apatah lagi anak-anak yatim itu, sudahlah tanpa ibu bapa dan terpaksa dibesarkan di panti asuhan dengan serba kekurangan. Beliau juga mengingatkan kepada semua supaya bersyukur dan selalu membandingkan diri dari orang yang lebih susah dari kita dan bukannya membandingkan diri dengan orang yang lebih senang dari kita.

YB Ayub dan Encik Miswan (Ketua Penolong Pegawai Daerah Segamat) berbincang sambil memerhatikan gelagat anak-anak yatim.

Encik Miswan bergambar di pintu masuk Panti Asuhan Ummi Al-Fitrah untuk tanda kenang-kenangan.
Sekiranya anda ingin menghulurkan bantuan dan sumbangan, anda boleh berhubung terus di alamat:
YAYASAN PANTI ASUHAN UMMI AL-FITRAH
Jalan Kendal Sari Bt 5 Atas Tanjung Pinang
Kepulauan Riau-Indonesia
HP: 081933638436/ 081364707796
Rekening Bank Mandiri Cabang
Tanjung Pinang: 109-00-0478754-5

Hari kedua di Tanjung Pinang (Lawatan ke Kilang Sotong)


Pada hari ke 2 juga, ahli rombongan sempat di bawa ke kilang membuat sotong kering yang merupakan salah satu produk IKS yang diusahakan di Tanjung Pinang. Para rombongan sibuk membeli sotong kering kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah jika dibandingkan di sini.






Di kilang tersebut juga menyediakan produk mereka untuk di cuba dan orang yang paling sibuk mencuba makan itu ialah YB Ayub sendiri.

02 Februari 2009

Hari kedua di Tanjung Pinang (Lawatan ke Pulau Penyengat)






Pintu masuk di Pulau Penyengat



Antara ahli rombongan sempat bergambar di Balai Adat Pulau Penengat, Tanjung Pinang.








Antara makam-makam kaum kerabat Kesultanan Johor yang sempat dilawati.






YB Ayub bersama isteri Puan Haryani sempat bergambar di makam Raja Ali Haji yang mengilhamkan Gurindam 12.







Semasa di Pulau Penyengat perkhidmatan motor roda tiga disediakan bagi menggantikan beca. Ia dapat memudahkan pengunjung melawat tempat-tempat bersejarah di sana tanpa berjalan kaki.

28 Januari 2009

Hari pertama di Tanjung Pinang















Semasa menaiki feri dari Stulang ke Tanjung Pinang.

















Makan tengahari di Restoran Sederhana. Masakan nasi padang yang disediakan memang lazat dan kebetulan perjalanan menaiki feri yang mengambil masa hampir 3 jam dan ombak yang agak kuat menyebabkan semua deligasi lapar dan makan di restoran tersebut dengan penuh selera.




LAWATAN MUHIBAH JPMM DUN KEMELAH DI TANJUNG PINANG, KEPULAUAN RIAU




Tanjung Pinang, Indonesia - 23 Jan. JPMM DUN Kemelah yang diketuai YB Ayub Rahmat dan seramai 82 orang deligasi di antaranya ketua-ketua jabatan, ketua-ketua kampung, ketua-ketua UMNO Cawangan, ahlijawatankuasa UMNO Bahagian Sekijang, guru-guru besar sekitar DUN Kemelah, beberapa ahlijawatankuasa Belia Daerah Segamat dan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kemelah telah ke Tanjung Pinang, Indonesia untuk mengikuti beberapa program yang diaturkan di antara JPMM DUN Kemelah dan Kantor Gabenor KEPRI Riau. Program dari 23 hingga 25 Januari itu berjaya mengeratkan silaturrahim di bawah satu rumpun Melayu yang terpisah selama ini akibat dari penjajahan Belanda ke atas Kepulauan Melayu satu ketika dahulu. Ikuti program yang di atur dan foto-foto yang sempat dirakamkan di sana.

17 Januari 2009

Hari Penamaan Calon Kuala Terengganu




















Kuala Terengganu 6 Jan.-YB Ayub bersama YB Onn (DUN Layang Layang) dan Ahlijawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Sekijang turun padang pada hari penamaan calon untuk kerusi Parlimen Kuala Terengganu. pelbagai gelagat yang dapat kita lihat samada dari parti BN mahupun pembangkang.






Lensa kamera pada program tersebut.

Program Perhimpunan Aman Palestin

Segamat 14 Jan.-Menyaksikan sokongan dari pelbagai peringkat badan kerajaan dan NGO untuk sama-sama memastikan Perhimpunan Aman Palestin mencapai sasaran dan menunjukkan rasa kebencian terhadap keganasan dan kezaliman Israel dan sekutunya Amerika Syarikat terhadap bangsa Palestin. Majlis Belia Daerah Segamat di ketuai YB AYub selaku Pengerusi Program selangkah ke hadapan untuk memastikan agar program tersebut berjaya. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.