03 Februari 2009

Hari kedua di Tanjung Pinang (Lawatan Rumah Anak Yatim)

Cikgu Aris bergambar dengan salah seorang anak yatim di sana.


Gambar kenang-kenangan bersama tenaga pengajar di Panti Asuhan Ummi Al-Fitrah

Sdr Halim bergambar bersama ahli baru panti asuhan tersebut

YB Ayub bersama isteri merakamkan gambar kenangan dengan bayi yang baru di serahkan oleh pihak polis Indonesia kepada panti asuhan Ummi Al-Fitrah. Menurut cerita bayi tersebut di tinggalkan oleh ibunya.

YB Ayub menyerahkan sumbangan kepada Ketua Pengasuh Panti Asuhan Ummi Al-Fitrah. Jumlah yang disumbangkan oleh JPMM DUN Kemelah sebanyak RM1,500-00 dan kutipan dari ahli rombongan hampir RM500 sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dipikul Panti Asuhan Ummi Al-Fitrah untuk membesarkan anak-nak yatim tersebut.

Para rombongan bersama-sama anak yatim di sana untuk menunaikan solat zohor berjemaah.

Beri tumpuan. Sdr Kamsani dan Hj. Md Noh mendengar ucapan ketua pengasuh panti asuhan.

YB Ayub diberi peluang meyampaikan ucapan di majlis itu. Antara yang disentuh tentang betapa bertuahnya kita menjadi penduduk Malaysia kerana kehidupan kita jauh lebih baik jika dibandingkan dengan penduduk di sana. Apatah lagi anak-anak yatim itu, sudahlah tanpa ibu bapa dan terpaksa dibesarkan di panti asuhan dengan serba kekurangan. Beliau juga mengingatkan kepada semua supaya bersyukur dan selalu membandingkan diri dari orang yang lebih susah dari kita dan bukannya membandingkan diri dengan orang yang lebih senang dari kita.

YB Ayub dan Encik Miswan (Ketua Penolong Pegawai Daerah Segamat) berbincang sambil memerhatikan gelagat anak-anak yatim.

Encik Miswan bergambar di pintu masuk Panti Asuhan Ummi Al-Fitrah untuk tanda kenang-kenangan.
Sekiranya anda ingin menghulurkan bantuan dan sumbangan, anda boleh berhubung terus di alamat:
YAYASAN PANTI ASUHAN UMMI AL-FITRAH
Jalan Kendal Sari Bt 5 Atas Tanjung Pinang
Kepulauan Riau-Indonesia
HP: 081933638436/ 081364707796
Rekening Bank Mandiri Cabang
Tanjung Pinang: 109-00-0478754-5

Hari kedua di Tanjung Pinang (Lawatan ke Kilang Sotong)


Pada hari ke 2 juga, ahli rombongan sempat di bawa ke kilang membuat sotong kering yang merupakan salah satu produk IKS yang diusahakan di Tanjung Pinang. Para rombongan sibuk membeli sotong kering kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah jika dibandingkan di sini.






Di kilang tersebut juga menyediakan produk mereka untuk di cuba dan orang yang paling sibuk mencuba makan itu ialah YB Ayub sendiri.

02 Februari 2009

Hari kedua di Tanjung Pinang (Lawatan ke Pulau Penyengat)






Pintu masuk di Pulau Penyengat



Antara ahli rombongan sempat bergambar di Balai Adat Pulau Penengat, Tanjung Pinang.








Antara makam-makam kaum kerabat Kesultanan Johor yang sempat dilawati.






YB Ayub bersama isteri Puan Haryani sempat bergambar di makam Raja Ali Haji yang mengilhamkan Gurindam 12.







Semasa di Pulau Penyengat perkhidmatan motor roda tiga disediakan bagi menggantikan beca. Ia dapat memudahkan pengunjung melawat tempat-tempat bersejarah di sana tanpa berjalan kaki.